System pembelajaran di negara Singapura amat penting bagi setiap murid untuk mendapatkan segulung ijazah. Pada masa dahulu, pembelajaran tidak begitu penting bagi wanita kerana kaum wanita tidak digalakkan untuk bekerja. Lantas, kelas pada masa dahulu kecil kerana tidak ramai pelajar wanita yang belajar. Sekarang, saiz kelas semakin membesar kerana semakin ramai murid yang ingin belajar. Pemerintah juga memastikan setiap warga negara Singapura menjalani persekolahan . Tetapi, kelas yang bersaiz kecil lebih bermanfaat daripada kelas yang bersaiz masa kini.
Kelas yang bersaiz kecil, lebih mudah untuk guru mengajar . dalam kelas yang bersaiz kecil, guru boleh mengajar dengan lebih tenang kerana tiada ganagguan daripada anak murid di dalam kelas . Murid- murid juga dapat menangkap apa yang guru mereka sedang mengajar. Dalam kelas yang bersaizseperti masa kini,terdapat murid- murid yang tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepadaguru yang sedang mengajar kerana mereka sedang sibuk bercakap atau bergurau senda sesama sendiri terutama murid-murid yang duduk di belakang kelas. Murid-murid di kelas yang bersaiz kecil boleh mendapat lebih ilmu pengetahuan daripada murid- murid yang berada di kelas masa kini. Lantas, murid-murid di kelas bersaiz kecil boleh memanfaatkan pelajaran mereka dan lulus peperiksaan dengan cemerlang.
Di kelas yang bersaiz kecil, guru juga mempunyai masa untuk menolong murid- murid yang mempunyai kelemahan dalam pelajaran mereka. Kerana kelas itu bersaiz kecil,seorang guru boleh mengetahui jika anak muridnya kurang mahir dalam kelas yang beliau hadiri. Gurunya boleh mengulang kaji dan membantu murid-murid yang tidak memahami pelajaran yang diberikan. Jika kelasnya bersaiz seperti masa kini, agak sukar untuk seorang guru memerhatikan anak murid mereka yang mempunyai kelemahan dalam pelajaran mereka. Seorang guru yang prihatin akan mengajar anak murid yang memerlukan pertolongan dan merasa malu untuk bertanya. Lantas, guru boleh memantau pelajaran muridnya dengan lebih dekat di kelas yang bersaiz kecil.
Guru juga dapat memerhatikan gerak-geri murid yang tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada guru yang sedang mengajar. Dalam kelas yang bersaiz kecil, guru boleh memantau segala gerak-geri murid. Dalam kelas seperti masa kini, guru tidak dapat memantau setiap gerak-geri anak muridnya. Ini menyebabkan murid-murid tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajaran mereka dan tidak memahami pelajaran yang diajar guru mereka. Murid-murid di kelas yang bersaiz kecil dapat memanfaatkan pelajaran yang mereka pelajari kerana guru mereka sering memantau gerak-geri mereka dan mereka tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada memberi perhatian kepada guru mereka.
Kelas-kelas yang bersaiz kecil didapati lebih baik daripada kelas yang bersaiz seperti masa kini kerana guru dapat memberi penuh perhatian kepada murid sewaktu mengajar dan murid yang lemah dalam pelajaran dapat diberi pertolongan jika mereka tidak memahami pelajaran yang diajar. Kesimpulannya, adalah lebih baik sesebuah kelas yang bersaiz kecil bermanfaat daripada kelas yang bersaiz seperti masa kini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan